Jika berkunjung ke Melaka jangan lupa untuk mengalami
pelayaran yang menakjubkan sejauh 9km menyusuri Sungai Melaka selama 45 minit
sambil menikmati pemandangan indah, bangunan dan rumah-rumah kedai peninggalan
era Belanda, rumah-rumah tradisional Melayu dan banyak lagi pemandangan yang
menarik peninggalan sejarah warisan dunia.
Sungai Melaka dipenuhi dengan sejarah sejak kegemilangan
empayar Kesultanan Melayu Melaka yang
berpengaruh dan berkuasa yang menarik pedagang seluruh dunia untuk datang
berniaga dan berdagang dan yang mengkagumkan telah mempengaruhi Tome Pires,
sejarawan Portugis untuk menamakan negeri ini sebagai ‘Venice di Timur'.
Melaka River Cruise merupakan ilham dan idea daripada Mantan
Ketua Menteri Melaka yang ke-sembilan, Tan Sri
Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Untuk melihat Sungai Melaka maju setanding
dengan Sungai St Antonio di Texas dan setaraf dengan Sungai Venice di Itali.
River Cruise by Mynikfoto |
Diawal penubuhannya Melaka River Cruise, hanya mempunyai 2 buah bot yang beroperasi iaitu Tun Teja
dengan kapasiti 20 orang penumpang dan Tun Fatimah dengan kapasiti 40 orang
penumpang. Kini Melaka River Cruise beroperasi dengan 40 buah bot dengan 6 buah
bot berkapasiti 20 penumpang dan 34 buah bot dengan kapasiti 40 penumpang
Setiap bot mempunyai nama yang diambil sempena nama para
pembesar Negeri dan Negara yang telah banyak menabur jasa ke atas pembangunan
Negeri Melaka.
Penumpang boleh membeli tiket dan menaiki bot di Taman
Rempah atau di Dataran Muara Sungai Melaka. Perjalanan bermula di Taman Rempah
Ratus hingga ke Muara Sungai Melaka dan berpatah balik ke Taman Rempah atau
sebaliknya.
HARGA TIKET MELAKA RIVER CRUISE / MELAKA RIVER CRUISE TICKET
PRICE
Bermula 1hb April 2015, kadar GST sebanyak 6% akan dikenakan
kepada setiap tiket Melaka River Cruise.
Harga Tiket Hari Biasa (Isnin-Khamis)
Pelancong Tempatan Dewasa (13 tahun keatas) - RM10.60
Pelancong Luar Negara Dewasa (13 tahun keatas) - RM15.90
Pelancong Tempatan Kanak-Kanak (2-12 tahun) - RM5.30
Pelancong Luar Negara Kanak-Kanak (2-12 tahun) - RM7.50
Kanak-Kanak (Bawah 2 Tahun) - Percuma
OKU Dewasa - RM7.50
OKU Kanak-kanak - RM5.30
Warga Emas (60 tahun ke atas) /Pelajar IPTA Dan IPTS (Kad
Pelajar Di Sertakan) - RM7.50
Harga Tiket Hari Minggu (Jumaat-Ahad) /Cuti Umum/Cuti
Sekolah
Pelancong Tempatan Dewasa (13 tahun keatas) - RM15.90
Pelancong Luar Negara Dewasa (13 tahun keatas) - RM21.20
Pelancong Tempatan Kanak-Kanak (2-12 tahun) - RM5.30
Pelancong Luar Negara Kanak-Kanak (2-12 tahun) - RM7.50
Kanak-Kanak (Bawah 2 Tahun) - Percuma
OKU Dewasa - RM7.50
OKU Kanak-kanak - RM5.30
Warga Emas (60 tahun ke atas) /Pelajar IPTA Dan IPTS (Kad
Pelajar Di Sertakan) - RM7.50
Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi :
Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai Melaka
Aras 9, Bangunan Graha Maju,
Jalan Graha Maju, 75300 Melaka.
Tel : +606 281 4322 / 23
Faks : +606 281 4325
Website : www.ppspm.gov.my