Antara tempat menarik yang sering di kunjungi di Alor Gajah ialah Pengkalan Balak. Pantai Pengkalan Balak merupakan kesinambungan dari Pantai Tanjung Bidara, Melaka berhampiran pekan Pengkalan Balak, dalam daerah Alor Gajah. Pesisir pantainya yang luas didampingi keindahan dan keunikan kampung-kampung nelayan menjadikan suasana persekitarannya damai dan permai. Pantai ini terletak berdekatan dengan Kem Terendak, sebuah kem tentera dan pantai Tanjung Bidara. Pantai yang terletak 10 km dari bandar Masjid Tanah ini merupakan pantai perkelahan yang terkenal di negeri Melaka.
Pantai yang popular dengan pelbagai bentuk chalet persendirian ini memberikan peluang kepada pengunjung dan pelancong untuk menginap dan menikmati suasananya yang permai pada sebelah malam. Para pengunjung juga berpeluang menyaksikan nelayan-nelayan yang pulang membawa hasil laut menjelang senja hari.
Penempatan ini terdiri daripada 11 buah kampung tradisional dengan kebanyakan penduduk bekerja sebagai petani dan nelayan.
Pengunjung ke Pantai Padang Kemunting akan berpeluang melihat penyu karah, spesies yang hampir pupus. Pusat Penetasan Penyu Jabatan Perikanan di Padang Kemunting berperanan dalam menyelamat dan melindungi penyu karah ini.
Sumber: homestay-dimelaka.blogspot.com